PENGENALAN
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin mempengaruhi dunia pendidikan masa kini. Oleh itu guru-guru pelatih KPLI perlu didedahkan kepada pelbagai sumbner pendidikanyang melibatkan penggunaan teknologi baru yang canggih.
Kursus Pengurusan Sumber ini telah digubal sedemikian supaya guru-guru pelatih didedahkan kepada asas-asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan dan Maklumat. Mereka didedahkan kepada kemahiran penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan kepada kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Sains Perpustakaan dan Maklumat akan mencetuskan minat dalam diri pelatih KPLI untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik generasi muda pada masa akan datang.
Sebagai agen perubahan di sekolah, guru pelatih KPLI yang mengikuti kursus ini akan menjadi lebih peka dan bersikap dinamik dalam menerokai perkembangan terkini demi memajukan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
MATLAMAT
Kursus Pengurusan Sumber ini bertujuan melahirkan guru pelatih KPLI yang dapat menguasai kaedah penghasilan,penggunaan, pengendalian dan penilaian alat dan bahan bantu mengajar agar dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa akan datang.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini para pelatih KPLI dapat:
MATLAMAT
Kursus Pengurusan Sumber ini bertujuan melahirkan guru pelatih KPLI yang dapat menguasai kaedah penghasilan,penggunaan, pengendalian dan penilaian alat dan bahan bantu mengajar agar dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa akan datang.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini para pelatih KPLI dapat:
- Menyedari dan menhayati kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan dan Maklumat.
- Menggunakan sumber pendidikkan secara berkesan dalam membantu tugas-tugas seorang guru dan
- Menggunakan sumber maklumat dangan optima dan berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan
tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan
merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti
gambar rajah di bawah: MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model Konseptual
Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata
pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:
Model konseptual pendidikan guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut:
Ketuhanan | : |
Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.
|
Kemasyarakatan | : |
Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.
|
Kendiri | : |
Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.
|
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru,model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.
Kurikulum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:
Pengetahuan | : |
Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran KBSR dan KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
|
Kemasyarakatan | : |
Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi. Pembinaan dan pengukuhan aspek "how to" dengan memberi tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan kurikulum.
|
Nilai | : |
Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik. inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan.
|